Pengalaman bersalin anak pertama di ppum

My first story

Hi everyone :)

Oh ya, sis ladyheart 31tahun this year dan ada sorang anak perempuan 5thn dan 2 anak lelaki. Sis ladyheart baru je melahirkan baby ke3. (The third) haha

Therefore sis mcm nak cerita al kisah bersalin anak first.

Mengandung

1. Alhamdulillah mengandung anak pertama tak ada alahan teruk. Cuma pening2 mengada sikit, rasa lembik, lemah, mengantuk & nk tido je. Masa ni masih bekerja. Muntah tu mmg tak ada. Nak termuntah tapi muntah tak keluar tu byk kali sbb rasa loya.

2. Berat naik dari 68kg ke 82+ kg wei.

3. Mengidam makanan yg masam2 mcm tomyam

4. Selalu rasa sakit kat bahagian kiri perut. Org tua kata kanan perempuan. (Tapi ada setengah org kata kiri perempuan, sis pulak mmg kiri lelaki )

5.kaki bengkak

6. Tak suka tgk baby girl. Cenderung suka melihat baby boy n lelaki hensem hehehe

Checkup

Sis checkup di klinik kerajaan. Senang kan buat kat KK sbb strict sket. At least ada apa2 mslh cpt detect. Wpon xde family history kencing manis, kena minum air gula jugak sbb bdn sis lebih berat.

Bersalin hospital mana?

Sis decide nk bersalin kat hospital PPUM sbb sis pun dilahirkan kat sana. Dulu nama hospital university. Kat sini kena booking utk bersalin. Masa 2012 dulu, sis booking masa 34w kot. Dah 7 nak ke 8bulan mcm tu masih lg diterima. (Now kena booking awal ye). So lepas booking terus je continue check up kat ppum.

Labour experience

Masa checkup 39w kot, sis tak pegi so sis dtg masa lepas berapa haritu. Due 16.04.12 tapi sis pegi checkup 11/12 hb kot, pastu doctor nak check jalan bawah kot2 dah bukak. Anak first kan lmbt sket. So x bukak lagi jalan, doctor bukak kan 1cm. Sakit nye mmg sakit sbb time tu sis tak betul2 ready n rileks..masa tu pembantu doktor kt ppum tu marah2 suruh bukak kaki betul2. so kita pun jadi nervous. Ank 1st kan masa tu malu sket la.. Hmm

Contraction
Lepas doctor bukak 1cm, darah mmg keluar je. Kita ni 1st experience nak hadapi bersalin, menggigil nmpk darah. Rasa takut, nervous & risau semua ada. Actually darah tu sbb tanda jalan nak bukak. Pada 15hb dari pagi mmg sis tak sedap bdn. Pukul 11mlm contraction maybe 10minit sekali kot dah dtg. Tak sakit pun, mak sis pun terus suruh pegi hospital. Dalam 11.30mlm/12 smpai hospital check jantung baby and check jalan baru 2cm. So lps check jantung masuk wad dulu. Doc pun ckp maybe esok

Wad belum bersalin (antenatal kot) :p
Masa kat wad tu rasa nya sis sorg yg gelisah sbb cpntraction makin kerap n mcm sakit sikit. Maybe dlm kol 3pg air ketuban pecah. Sis panggil nurse n doc check jln baru 2cm gak. Sis pun suruh nurse panggil husband and mak. Time tu sakit dah pinggang ni mcm nak patah. Experience sis, anak perempuan sis rasa sakit kat pinggang n perut. Sis ketuk2 pinggang tu. Sambil2 baca zikir nabi yunus. Husband n mak tgk kejap pastu lepas diorg keluar sakit makin menjadi. Sis dah tak tahan sampai tarik rambut sendiri. Mulut ni mmg ckp kat baby jgn bagi mummy sakit lama2 + berzikir. Tapi anak perempuan sakit nya blh lg rileks. Masa layan sakit tu mmg ketuk2 pinggang n tarik rambut sendiri. Ada ke masih blur2 knp sakit n aku ni nak beranak ke? Hahahah tiba2 rasa nak berak tp sis masih blur ckp dlm ati "malas nye nak bgn gi toilet berak".. So panggil nurse n sis ckp " nurse..sy rasa nak berak.. Ke..saya dah berak (sbb sis rase cm.nak teran berak ). Nurse pun panggil staff nurse and sis blur lg knp staff nurse tu lari2 gelabah. Oh baru la aku tau rupanya nk beranak. Staff nurse ckp nk check tp dh rasa kepala baby dekat sgt. So cpt2 staff nurse tolak masuk ke labour room. Tapi kan u olls, sis tak tau brp cm bukaan jalan yg sis rasa nk teran. Tp bygkan la pukul 3am camtu pecah air ketuban masih lg 2cm. Pukul 5am sis dah selamat bersalin. Rasa dia masa tu mmg automatik nk teran dan tak boleh tahan2.

Push
Masuk labour room je doc pelatih, doc n lain2 cm tengah sibuk2. Sis pun terus ckp sy nak teran ni. Doc2 ppum pun ajar cara nak push alhamdulillah sis tak kena gunting and baby sekali push je terus keluar. Lega sgt bila dah keluar then kena jahit mcm tak rasa sbb doc jab ubt tahan sakit. Mmg byk la jahit luar dlm.

Semoga u olls tabah membaca cerita sis ye. Bg sis bersalin kt ppum selesa sgt. Ppum terima GL utk kaki tangan kerajaan. Nak booking yg tak ada GL cuma byr rm500 masa register. Sis punya bil dalam 600+. Oh ya kat sini layanan tip top. Selepas je bersalin, ada staff yg akan bersihkan dan pakaikan pad utk kita. Lepas bersalin tu nak kencing pun nurse tak bagi turun katil takut pitam. Nurse akan hantar kita ke wad postnatal, kita mmg tak turun katil. Cuma kita mengesot utk change katil je pastu baring la ko. Tapi dah kat wad tu buat sendiri la tak kan nak nurse buat kot. Kat sini, masa kita kat wad doctor akan dtg kat patient utk check jalan, amik darah. Tu yg seronok nye ;)

Nanti sis akan cerita pengalaman kedua pulak..

Ladyheart
Xx


Ulasan

  1. masa kat wad menunggu sebelum bersalin tahan sakit contraction, husband boleh masuk tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam,hai.. Thanks sudi baca. Waktu saya bersalin ni belum boleh masuk suami. Skrg org kata dah boleh. Tapi Tak sure masa sakit tu blh suami tunggu atau tak.

      Padam
    2. Assalamualaikum.. suami boleh masuk masa bukaan 5cm.. kalau belum 5cm tak boleh masuk lagi.. kalau czer mmg takboleh masuk.. sy baru dengar ceramah oleh nurse di ppum

      Padam
  2. hi , nk tanya bil yg 600 tu termasuk dengan booking fee yg 500 tak ? kalau cser anggaran berapa ye

    BalasPadam
  3. Skrg boleh ke awal2 prgnancy nk terus buat regular check up dkt ppum? Plan nk bersalin kt sna. Skrg bru 8 weeks.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman bersalin anak ketiga

Pengalaman bersalin anak lelaki